Jin

πŸ“œ
Maghrib adalah saat dimana matahari sudah tenggelam namun masih muncul dengan sinar yang terkadang berwarna jingga atau merah menyala. Pada waktu itulah, seluruh umat Islam diperingatkan untuk segera menutup pintu dan jendela sambil mengucapkan bismillah agar wanita ini tidak datang ke rumah.
………………………………………………………
Siapakah wanita itu?
Apa yg dia lakukan di rumah kita ?
Ketahui bahwa dia bukanlah wanita baik, namun mampu membahayakan anak dan wanita yang sedang hamil.
Mungkin ada yang pernah dengar nama Ummu Sibyan atau pun tidak sebelum ini.
Siapakah Ummu Sibyan?
✏Sekelumit sejarah ✏
………………………………………………………….
πŸ“œ
Diriwayatkan daripada Nabi Sulaiman bin Daud a.s.
bahawa baginda telah melihat seorang perempuan tua yang sudah beruban rambutnya
dua matanya berwarna biru, kedua-dua keningnya bertanduk
kecil betisnya, rambutnya kusut masai, mulutnya ternganga dan keluar pucuk api daripadanya, dapat membelah bumi dengan menggunakan kukunya yang tajam dan boleh memecahkan batu-batan yang besar dengan pekikan suaranya.
Nabi Allah Sulaiman bertanya kepadanya, siapakah kamu?
Adakah kamu daripada jenis manusia atau jin?
Kerana aku tidak pernah melihat orang yang paling hodoh selain daripada engkau.
Perempuan itu menjawab: β€œAkulah Ummu Sibyan (Ibu penyakit sawan) yang dapat menguasai ke atas anak Adam lelaki dan perempuan
Aku boleh masuk ke rumah-rumah, boleh berkokok seperti ayam, menyalak seperti anjing, bertebah seperti lembu, bersuara seperti keldai dan kura-kura dan bersiul seperti ular.
Aku juga boleh bertukar-tukar wajah dengan pelbagai rupa, aku boleh mengikat rahim perempuan, boleh membunuh anak-anak di dalam kandungan dan mereka semua tidak akan mengetahui bahawa itu adalah angkara daripada aku, aku memasuki ke dalam rahim orang perempuan dan aku ikat rahimnya serta sumbat lalu dia tidak boleh mengandung dan jadilah rahimnya kosong, aku masuk ke dalam perut orang perempuan yang hamil di waktu janin di dalam kandungannya sedang membesar aku tendangnya, maka berlakulah keguguran dan jadilah rahimnya kosong semua.
β€œAku menyusup masuk kepada kanak-kanak perempuan ataupun orang-orang perempuan yang telah dicalitkan dengan tanda kepadanya, lalu aku mengenakan penyakit dengan ekorku, aku tukarkan kegembiraan orang-orang yang sudah bertunang dengan kecelakaan, aku menyusup masuk ke dalam badan orang lelaki dan aku menghirup spermanya yang putih pekat dan tinggal di dalamnya mani yang cair lagi jernih, maka jadilah dia mandul dan tidak akan melahirkan zuriat.
Aku juga pergi kepada peniaga-peniaga dan aku palingkan jualannya. Dengan itu, dia tidak akan mendapatkan keuntungan, aku meresap masuk ke dalam bumi yang kering, lalu aku sapu menjadikan ia tandus. Dengan itu, ia tidak lagi menjadi subur dan segala tanaman tidak akan menghasilkan buah. Aku juga menyekat kanak-kanak kecil dan aku campakkan kepadanya kepanasan yang sangat panas dan kesakitan yang mengerikan. Maka, dengan itu mengigillah badan mereka serta diconteng-conteng rupa paras mereka supaya dibenci orang”.
Nabi Allah Sulaiman pun menangkapnya sambil berkata : β€œWahai perempuan yang celaka! Kamu tidak boleh lari dari genggamanku sehingga berikan satu perjanjian dan sumpah setia kepada anak-anak Adam, lelaki dan perempuan”.
………………………………………………………..
Tanda-tanda bayi terkena gangguan jin Ummu Sibyan:
1.Bayi menangis melalak (matanya terbeliak memandang ke atas / sudut tertentu)
2.Kanak-kanak berjalan yang jatuh seakan-akan ditolak
3.Mengigau sambil mengatip gigi berulang kali.
4.Demam panas hanya selepas Asar hingga sebelum Subuh
Kesan dari gangguan di atas akan mengakibatkan:
1.Sawan Tangis
2.Autisme (Over Hiperaktif)
3.Nakal tahap Gaban
4.Terencat akal
5.Pelbagai kompilasi otak.
Tanda-tanda wanita mengandung terkena gangguan jin Ummu Sibyan:
1. Rasa sesak dada terutamanya selepas waktu asar, yang mungkin berlarutan hingga tengah malam.
2. Kusut fikiran.
3. Sakit di bahagian tulang-tulang belakang.
4. Mengigau ketika tidur.
5. Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan.
…………………………………………………….
Cara Elak Gangguan Ummu Sibyan:
1.Tutup Pintu dan tingkap Rumah Waktu Maghrib
2.Jangan angkat atau masukkan baju yang sudah bermalam diluar rumah (jemuran tak kering)
Kaedah rawatan pada bayi:
Tiarapkan anak, jangan biarkan matanya melihat ke arah itu, baca ayat Qursi dan 3 Qul kemudian tiup ke ubun-ubunnya sampai berhenti menangis.. halaulah dengan bahasa dan bahasa masing masing seperti contoh β€œWahai Ummu Sibyan pergilah kau keluar dari rumahku dan jangan ganggu anak anakku” InsyaAllah Ummu Sibyan akan pergi.
Kaedah rawatan pada wanita mengandung:
Bacakan doa-doa menghindar syaitan termasuk doa menghindar sihir seperti (surah al-Fatihah, ayat al-Kursi, surah al-Baqarah, surah Ali-Imran dan surah al-Mu’awwizat )pada satu sudu madu asli dan kurma untuk dimakan setiap hari sebelum sarapan.
Boleh juga di bacakan doa doa pada minyak zaitun untuk di sapukan pada bagian dada dahi dan tulang belikat sebelum tidur.
…………………………………….
🌿
Begitulah sekelumit kisahnya
Akan jin yang akan merosakkan anak Adam dengan berbagai cara yang kita tersangka oleh kita yang selama ini tidak mengambil peduli. Makanya apabila jin sudah melakukan peranannya,
Tentu kita boleh mengagak apakah kesannya kepada kita anak-anak Adam. Tanpa rawatan dari mereka yang benar-benar berilmu haqq dan berkebolehan, tentulah kita anak-anak Adam ini akan merasai kesengsaraan sepanjang kehidupan.
Jika rawatan dilakukan oleh mereka yang tidak berada di jalan haqq, penyakit akan tetap datang dan pergi sebagaimana yang pernah di catatkan oleh Prof Shahidan Radiman dari National University of Malaysia, Faculty of Science and Technology.
Prof Shahidan Radiman mencatat:
Sebenarnya orang yang tidak belajar Ilmu Mengenal Diri tak guna mengamalkan perubatan Islam .
Banyak kes berlaku dimana seseorang itu β€œmengubat” si pesakit dengan ayat Al-Quran dan sebagainya, tetapi sakit orang itu tak baik, iaitu sakitnya berulang. Mengapa demikian? Sebab jin yang dia β€œbuang” itu tidak ke mana – ia hanya menyorok dalam badan atau keluar sekejap kemudian masuk balik? Sampai bila pun tak akan baik…
Orang yang tak belajar Ilmu Mengenal Diri amat berbahaya jika β€œbermain” dengan alam ghaib. Ibarat orang Melayu cuba melintas padang pasir Sahara tanpa unta dan bekal, tanpa β€œguide” Baduwi, memang pasti akan binasa atau membinasakan orang lain.
Bukan saja jin pandai bermain wayang tetapi jenis dan perangainya beribu-ribu. Hanya orang yang sudah mengenal diri dapat mengenali semua makhluk-mahkluk itu .
Itu sebabnya Ilmu Mengenal Diri sangat penting, khasnya di waktu sakaratul maut.
Ia penting di dunia dan di akhirat. Begitulah perjalanan yang akan kita tempoh – jauh perjalanan, maka oleh itu, saya sarankan kepada semua pembaca, carilah ilmu untuk menyampaikan kita kepada Al-Haqq
Wallahualam.
πŸ™πŸ™πŸ™πŸ™πŸ™πŸ™πŸ™πŸ™πŸ™πŸ™πŸ™πŸ™πŸ™πŸ™πŸ™πŸ™πŸ™silakan di bagikan.

Makin kita berumor..

*Tatasusila Apabila Makin Kita Berumur…*

1. *Makin kita berumur*, solat kita tak boleh lewat

2. *Makin kita berumur*, solat kita kena buat berjemaah

3. *Makin kita berumur*, solat kita kena banyak, solat sunat kita kena lebih, lebih banyak dari tahun-tahun sebelumnya

4. *Makin kita berumur*, solat sunat Qobliyyah dan Ba’diah jangan tinggal

5. *Makin kita berumur*, buat solat sunat Qobliyyah 4 rakaat dan Ba’diah 4 rakaat waktu zohor, sebab nabi SAW dah bagitau, siapa buat Qobliyyah 4 dan Ba’diah 4, ALLAH haramkan badan dia daripada disambar api neraka, kita tak tau bila hari terakhir kita hidup di atas dunia ni

6. *Makin kita berumur*, buat solat sunat witir sebelum tidur

7. *Makin kita berumur*, solat sunat dhuha & tahajjud jangan tinggal

8. *Makin kita berumur*, paling tidak khatam Al- Quran 2 kali dalam setahun, sehari kena baca Al-Quran

9. *Makin kita berumur*, ambillah peluang puasa sunat, paling tidak sebulan sekali, nak cantik, seminggu dua kali

10. *Makin kita berumur*, zikir kita kena banyak, kita nak kurangkan bercakap yang tidak berfaedah, kita nak tambah amal, untuk kita di hari akhirat,
11. *Makin kita berumur* selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw kena banyak

12. *Makin kita berumur*, akhlak kita kena jaga,

Ustaz Shamsuri Hj Ahmad

*Saya yang copy paste peringatan untuk diri sendiri dan semua sahabat* maka copy paste pula utk rakan serta sanak saudara anda …..

Pesan pada anak.

Tidak lama lagi kita nak pergi dah…πŸƒ
Pesan pada anak-anak kita…πŸ’š

πŸ‘³πŸ»β€β™€πŸ§•πŸ»1. Beritahu anak-anak di mana kain batik lepas disimpan; se elok2 nya kain selimut/cadar putih. bolih beli di kedai uniform sekolah.

πŸ‘³πŸ»β€β™€πŸ§•πŸ»2. Sentiasa sediakan wipes, gunting & pemberat dlm 500g bersama kain-kain batik serta selimut putih /cadar.

Β«Lepas confirm tak ada nyawa lagi, apa yang perlu anak-anak kita lakukan di rumah sementara menunggu jenazah kita dikebumikan:

πŸ‘³πŸ»β€β™€πŸ§•πŸ»3. Gunting seluar dalam, bersihkan najis-najis besar dan kecil. Penting, sebab, setiap manusia yang diambil nyawa akan dalam keadaan terperanjat sehingga terkeluar najis dan terkencing. Tak mahu najis-najis tadi lama dibadan dan berbau busuk pada jenazah. Lagi pun susah untuk dibasuh kalau dah kering.

πŸ‘³πŸ»β€β™€πŸ§•πŸ»4. Gunting baju supaya tak perlu dibalik-balik jenazah.

πŸ‘³πŸ»β€β™€πŸ§•πŸ»5. Ambil minyak zaiton atau vaseline, sapu pada sendi2 lengan supaya senang dilipat tangan dalam keadaan solat.

πŸ‘³πŸ»β€β™€πŸ§•πŸ»6. Ambil kain, ikat dari mulut naik ke kepala supaya mulut tertutup rapat. Sumbat hidung & telinga sekiranya ada lendir.

πŸ‘³πŸ»β€β™€πŸ§•πŸ»7. Tutup rambut dengan selendang.

πŸ‘³πŸ»β€β™€πŸ§•πŸ»8. Posisikan jenazah dalam keadaan kaki ke arah qiblat.

πŸ‘³πŸ»β€β™€πŸ§•πŸ»9. Letakkan pemberat atas perut utk mengelakkan perut membuncit.

πŸ‘³πŸ»β€β™€πŸ§•πŸ»10. Ambil kain batik lepas/selimut putih, ditutup jenazah.

πŸ‘³πŸ»β€β™€πŸ§•πŸ»11. Maklumkan AJK surau, buat laporan polis & hospital.

πŸ‘³πŸ»β€β™€πŸ§•πŸ»12. Dimandikan dan dikafankan.

πŸ‘³πŸ»β€β™€πŸ§•πŸ»13. Solatkan jenazah, seelok2nya lepas solat fardu mudah2an dapat berkat lebih 40 orang jemaah orang alim.

πŸ‘³πŸ»β€β™€πŸ§•πŸ»14. Kebumikan jenazah.

πŸ’šPaling utama, buat dengan lembut dan penuh kasih sayang sebagaimana sayangnya jenazah pada semua anak-anak semasa hayat mereka…πŸ’š

*Sebarkan kepada setiap orang Islam agar anak-anak tahu dan bersedia. Jangan diaibkan jenazah dengan bau-bau yang kurang enak. Berbaktilah kepada jenazah, mungkin ibu, ayah, datuk, nenek kita buat kali terakhir.*

__________________________________

Cara-Cara Memandikan Jenazah

Peralatan Mandi Jenazah
> Tempat Mandi Jenazah
> Air Mutlak Secukupnya
> Air Daun Bidara
> Kapas
> Putik Kapas
> Sabun
> Air Mawar
> Minyak Attar
> Serbuk Cendana
> Kapur Barus
> Sarung Tangan
> Apron Plastik
> Bekas Menjirus Air
Orang-orang yang boleh memandikan jenazah/mayat.
Jenazah Lelaki
β€’ Kesemua lelaki.
β€’ Isteri
β€’ Orang yang haram nikah dengannya.
Jenazah Perempuan
β€’ Kesemua perempuan.
β€’ Suami.
β€’ Orang yang haram nikah dengannya.
Cara-Cara Memandikan Jenazah
β€’ Pengendali mayat hendaklah memakai lengkap dengan sarung tangan dan apron.
β€’ Letakkan mayat ditempat mandi yang disediakan.
β€’ Siramkan mayat dengan air biasa dari hujung kepala sehingga hujung kaki. (Siraman air hendaklah bermula daripada kepala).
β€’ Istinjakkan lah mayat terlebih dahulu dengan menggunakan kain alas agar tidak tersentuh auratnya.
β€’ Angkat sedikit bahagian kepalanya sehingga paras dadanya.
β€’ Mengeluarkan kotoran dalam perutnya dengan menekan atau memicit-micit perutnya secara perlahan.
β€’ Membersihkan mulut dengan mengeluarkan segala sisa atau kotoran yang tertinggal.
β€’ Siram dan basuh dengan air sabun.
β€’ Bersihkan gigi.
β€’ Bersihkan hidung.
β€’ Bersihkan telinga.
β€’ Bersihkan jari tangan, pelipat lengan dan celah ketiak.
β€’ Bersihkan rambut.
β€’ Bersihkan jari kaki.
β€’ Selepas itu siram atau basuh seluruh anggota mayat dengan air sabun juga.
β€’ Kemuudian bilas dengan air yang bersih seluruh anggota mayat sambil berniat.
Lafaz niat memandikan jenazah:
Lelaki:

“Sengaja aku memandikan Jenazah (lelaki) ini kerana Allah Taala”
Perempuan:

“Sengaja aku memandikan Jenazah (perempuan) ini kerana Allah Taala”
β€’ Telentangkan mayat, siram atau basuh dari kepala hingga hujung kaki 3 kali dengan air bersih.
β€’ Siram sebelah kanan 3 kali.
β€’ Siram sebelah kiri 3 kali.
β€’ Kemudian mengiringkan mayat ke kiri basuh bahagian lambung kanan sebelah belakang.
β€’ Mengiringkan mayat ke kanan basuh bahagian lambung sebelah kirinya pula.
β€’ Telentangkan semula mayat, ulangi menyiram dari kepala sehingga ke hujung kaki.
β€’ Sediakan air kapur barus.
β€’ Tutup seluruh anggota mayat dengan kain nipis (kain kapan).
β€’ Siram air yang dicampur dengan kapur barus di atas kain ini dari atas kepala sehingga ke hujung kaki.
β€’ Lepas itu wudukkan mayat.
Lafaz niat mewudukkan mayat:
Lelaki:

“Sengaja aku mewudukkan jenazah (lelaki) ini kerana Allah Taala”
Perempuan:

“Sengaja aku mewudukkan jenazah (perempuan) ini kerana Allah Taala”
β€’ Lapkan menggunakan tuala pada seluruh badan mayat.
β€’ Cawatkan bahagian kemaluan mayat dengan cawat yang disediakan dan ditutup seluruh tubuhnya seluruh tubuhnya dengan kain.
β€’ Setelah itu, mayat diusung ke tempat perbaringan untuk dikafankan.
β€’ Segala bahagian yang tercabut dari anggota mayat, hendaklah dimasukkan ke dalam kapan bersama dengan mayat. (Contoh: rambut, kuku dll).

πŸ’šSharing is caringπŸ’š

Pesan pada anak2 ketika makan bersama @ berkumpul beramai2.. agar anak2 tahu fardhu kifayah.
**Sama2 ingat mengingati**